Catherina Shaw. foto Agensi

GUATEMALA CITY – Polis telah menemui mayat wanita warga Britain yang dilaporkan hilang di Guatemala sejak awal bulan ini.

Catherine Shaw, dari Witney, dilaporkan hilang selepas dia meninggalkan Hotel Mayachik dekat Tasik Atitlan pada 5 Mac lalu.

Mayat mangsa ditemui di San Juan La Laguna.

Setakat ini proses mengenal pasti mayat masih belum dilakukan tetapi keluarga Shaw telah dimaklumkan dengan penemuan itu.

Dalam satu kenyataan The Lucie Blackman Trust yang membantu keluarga Shaw mencari wanita itu berkata: “Dengan rasa sedih, mayat Catherina Shaw telag ditemui. Walaupun proses pengecaman belum dilakukan tetapi mayat berkenaan dipercayai Catherina”.

Usaha mengesan wanita itu dilakukan di San Juan La Laguna selepas jaketnya ditemui.

Dia ke Guatemala bersama rakannya selama dua minggu selepas melancong ke Mexico dan California.

Mangsa didakwa meninggalkan hotel menuju ke Tasik Atitlan.

Sepanjang minggu polis cuba menjejaki Shaw di sepanjang lalu mendaki di Indian Nose, malah dron juga digunakan.

Anak anjing yang dibawa Shaw ditemui dalam keadaan kesejukan dan mengigil oleh seorang lelaki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast