KUALA LUMPUR – Warganet hari ini menegur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung kenyataan media mengenai perkongsian video insiden tembakan di Christchurch, New Zealand.

Ia berikutan kenyataan SKMM yang dikesan menggunakan perkataan ‘tembak menembak’ yang merujuk kepada insiden di dua masjid yang mengorbankan 49 mangsa sehigga kini.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin mengingatkan orang ramai di negara ini untuk tidak berkongsi ataupun menyebarkan rakaman video berhubung insiden tembak-menembak di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang berlaku hari ini,” demikian menurut kenyataan asal SKMM.

SKMM kemudiannya dikesan menukar kenyataan dengan mengubah perkataan itu kepada ‘insiden tembakan’ dalam kenyataan terbaharunya.

Bagaimanapun, kenyataan itu pantas menerima kritikan daripada netizen.

“Kesian menteri PH, tak tahu nak beza makna tembak menembak dengan tembakan.

“Lebih baik pergi belajar kelas Bahasa Malaysia dari membuat kenyataan media yg menambah kesedihan keluarga mangsa &semua umat Islam,” komen S.Ismael di Twitter SKMM.

Malah ada yang menyifatkan kenyataan itu satu tindakan bodoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah suruhanjaya.

“Tembak menembak tu ada dua pihak berbalas tembakan. Media tulis ‘one gunman opened fire on worshippers in Christchurch.

“Tak tahu apa niat penulis kenyataan media SKMM ini,” kata Sue Natrah.

SKMM hari ini mengingatkan orang ramai di negara ini untuk tidak berkongsi ataupun menyebarkan rakaman video berhubung insiden tembak-menembak di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand hari ini.

Tindakan tersebut adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengundang suasana panik dan marah dalam kalangan masyarakat.

Orang ramai juga diminta menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat.

Pada masa yang sama, SKMM akan turut bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan untuk menurunkan rakaman berkenaan.

Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat mengancam dan jelik merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. patut lah. menteri dia bukan melayu pun . mana dia reti bahasa melayu. sebab tu pas komplain sangat menteri penting diberi kepada bukan melayu . kan dah ada buktinya . tentu pas boleh berbangga sekarang .

Comments are closed.