KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu disyaki terlibat salah guna kuasa dan rasuah berkenaan projek melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dianggarkan bernilai RM30 juta.

Menurut sumber, mereka yang ditahan itu terdiri daripada seorang pegawai kanan SSM dan dua pengarah syarikat IT terkemuka di ibu negara.

Kesemua mereka berusia antara 37 dan 52 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 pagi ini di pejabat dan rumah mereka di sekitar Petaling Jaya, Selangor serta ibu negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi, mengesahkan kesemua tangkapan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast