Sukhoi
Pesawat Sukhoi Su-35

MOSCOW – Rusia memeterai kontrak bernilai AS$2 bilion bagi membekalkan lebih 20 jet pejuang Sukhoi, Su-35, kepada Mesir, lapor akhbar harian Kommersant yang memetik dua pegawai kanan industri pertahanan.

Laporan urusniaga itu timbul ketika Amerika Syarikat (AS) sedang meningkatkan tekanan ke atas negara-negara supaya tidak membeli senjata keluaran Rusia.

Kontrak tersebut ditandatangani pada akhir 2018 dan penghantaran pesawat dan senjata pesawat akan bermula seawal 2020-21, lapor Kommersant.

Pada Ogos 2017, Presiden AS, Donald Trump menandatangani Undang-undang Menentang Musuh Amerika Melalui Akta Sekatan (CAATSA) yang bertujuan menghukum Rusia terhadap langkah yang diambilnya termasuk dakwaan campur tangan dalam pilihan raya negara itu.

Di bawah akta tersebut, negara yang berurusniaga dengan sektor pertahanan dan perisikan Rusia akan berhadapan dengan sekatan.

Pada Septerber tahun lalu, pentadbiran Trump melaksanakan sekatan ke atas China yang membeli 10 pesawat Su-35 daripada Rusia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast