KAJANG – Terarnab Ventures merupakan ladang ternakan arnab hasil usaha oleh Jofizal Jamaluddin yang merupakan pengusaha ladang tersebut dan mempunyai dua kakitangan pembantu yang mahir Amir Syaraf Azilan dan Ayyaz.
Permulaan dari tahun 2017 secara kecil-kecilan dengan 10 ekor arnab di belakang rumah, kini beliau mempunyai lebih 100 ekor arnab dan satu ladang luas di Sungai Ramal, Kajang.
Pelbagai jenis baka arnab termasuk New Zealand White, California dan Chincilla boleh didapati di Terarnab Ventures.
Dengan semangat dan kesungguhan, Terarnab Ventures berazam untuk mengembangkan lagi perternakan arnab yang kini mula mendapat sambutan dengan melalui program perternakan berskala besar.
Sate Haji Samuri yang terkenal di kajang turut menjadi pelanggan tetap kepada Terarnab Ventures bagi membekalkan daging arnab kepada kilang tersebut.
Skop kesihatan dan kelebihan yang terkandung dalam daging arnab adalah sesuai bagi orang ramai yang mahu berdiet kerana kandungan kalorinya yang rendah berbanding daging-daging lain.
Penternak, Amir Syaraf Azilan memeriksa keadaan anak-anak arnab ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di ladang ternakan arnab, Terarnab Ventures, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2019 Anak-anak arnab diperiksa bagi memastikan susu yang diberikan dari induknya mencukupi. Selain itu, penternak harus memeriksa bekas makanan dan minuman arnab-arnab lain berada dalam keadaan baik.

Penternak, Amir Syaraf Azilan memberikan vitamin kepada arnab ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di ladang ternakan arnab, Terarnab Ventures, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2019 Bagi arnab yang kurang makan, penternak akan memberikan vitamin untuk menggalakkan haiwan itu makan makanan pada kadar yang ditetapkan. Jika arnab berada dalam keadaan tidak sihat, ubat anti parasit akan diberikan segera dan direkodkan.
Penternak, Amir Syaraf Azilan membaca rekod arnab yang telah disenyawakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di ladang ternakan arnab, Terarnab Ventures, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2019 Tiga minggu selepas disenyawakan, penternak akan melihat semula rekod pensenyawaan dan memeriksa samada induk itu bunting mahupun tidak.
Penternak, Amir Syaraf Azilan memberikan vitamin kepada arnab ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di ladang ternakan arnab, Terarnab Ventures, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2019 Bagi arnab yang kurang makan, penternak akan memberikan vitamin untuk menggalakkan haiwan itu makan makanan pada kadar yang ditetapkan. Jika arnab berada dalam keadaan tidak sihat, ubat anti parasit akan diberikan segera dan direkodkan.
Penternak, Amir Syaraf Azilan memberikan palet kepada arnab ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di ladang ternakan arnab, Terarnab Ventures, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2019 Makanan utama arnab adalah palet. Jagung, napier dan kacang hijau diberikan secara bergilir sebagai makanan tambahan. Jagung yang ditanam di sekitar ladang ternakan, dikeringkan dan dikisar sebelum diberikan kepada arnab.
Keadaan arnab semasa proses pensenyawaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di ladang ternakan arnab, Terarnab Ventures, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2019 Suhu yang sesuai memainkan peranan yang penting untuk proses pensenyawaan arnab. Penternak akan memindahkan induk ke dalam sangkar arnab jantan dan proses pensenyawaan itu mengambil masa dalam 5-10 minit.
Penternak, Amir Syaraf Azilan memeriksa suhu yang sesuai bagi proses pensenyawaan arnab ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di ladang ternakan arnab, Terarnab Ventures, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2019 Suhu yang sesuai memainkan peranan yang penting untuk proses pensenyawaan arnab. Penternak akan memindahkan induk ke dalam sangkar arnab jantan dan proses pensenyawaan itu mengambil masa dalam 5-10 minit.
Penternak, Amir Syaraf Azilan menuai jagung untuk diberikan kepada arnab ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di ladang ternakan arnab, Terarnab Ventures, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2019 Makanan utama arnab adalah palet. Jagung, napier dan kacang hijau diberikan secara bergilir sebagai makanan tambahan. Jagung yang ditanam di sekitar ladang ternakan, dikeringkan dan dikisar sebelum diberikan kepada arnab.
Penternak, Amir Syaraf Azilan mengisar jagung sebelum diberikan kepada arnab ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di ladang ternakan arnab, Terarnab Ventures, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2019 Makanan utama arnab adalah palet. Jagung, napier dan kacang hijau diberikan secara bergilir sebagai makanan tambahan. Jagung yang ditanam di sekitar ladang ternakan, dikeringkan dan dikisar sebelum diberikan kepada arnab.
Penternak, Amir Syaraf Azilan memeriksa keadaan arnab-arnab bagi memastikan haiwan itu dalam keadaan baik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di ladang ternakan arnab, Terarnab Ventures, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2019 Rutin harian penternak arnab, Amir Syaraf Azilan bermula dengan memeriksa keadaan haiwan itu dalam keadaan baik dan sihat. Penternak juga memeriksa setiap arnab bebas dari sebarang penyakit.

Antara gelagat arnab ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di ladang ternakan arnab, Terarnab Ventures, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2019
Penternak, Amir Syaraf Azilan memindahkan induk untuk disenyawakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di ladang ternakan arnab, Terarnab Ventures, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 MAC 2019 Suhu yang sesuai memainkan peranan yang penting untuk proses pensenyawaan arnab. Penternak akan memindahkan induk ke dalam sangkar arnab jantan dan proses pensenyawaan itu mengambil masa dalam 5-10 minit.
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL