KUALA LUMPUR – Murphy Oil Corporation hampir membuat perjanjian untuk menjual aset minyak dan gas miliknya di Malaysia kepada PTTEP PCL di Thailand, menurut sumber yang terlibat dalam transaksi pengambilalihan dan penjualan di Asia Tenggara.
Syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas bebas yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu dijangka mengumumkan urus niaga bernilai lebih daripada AS$ 2 bilion itu.
Murphy Oil yang telah berada di Malaysia sejak dua dekad lalu tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai urus niaga itu. – MalaysiaGazette