DUBAI – Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, diterangi dengan paparan imej Perdana Menteri New Zealand malam tadi.
“Terima kasih PM Adern dan warga New Zealand di atas keikhlasan kesediaan memahami dan sokongan anda yang dihargai 1.5 bilion umat Islam,” kata pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum dalam akaun twitternya.
Sehari sebelum itu, Ardern telah memberitahu bahawa satu perhimpunan secara besar-besaran akan dilakukan di Hagley Park yang terletak bertentangan dengan Masjid Al Noor di Christchurch di mana 42 orang terkoran yang membuatkan ‘warga New Zealand meratapi dengan anda. Kami bersatu’.
Pada serangan 15 Mac lalu, seramai 50 orang terkorban apabila seorang lelaki warga Australia menyerang dua buah masjid di Christchurch dengan menggunakan rifal semi automatik. – Agensi