Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang akan memutuskan sama ada cuti sekolah yang diberikan susulan kejadian pencemaran toksik perlu diganti atau sebaliknya.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan agar cuti akibat bencana sisa kimia di Pasir Gudang perlu diganti.

“Dalam sidang akhbar berkenaan, transkrip jawapan saya adalah seperti berikut: “Kita akan maklumkan kemudian melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), mereka akan membuat pemakluman kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Pasir Gudang dan kepada sekolah-sekolah,” katanya.

Beliau mengulas mengenai tajuk berita media Berita Harian “Cuti Sekolah Akibat Pencemaran Sungai Kim Kim Perlu Diganti” yang disiarkan pada petang 25 Mac 2019 lalu.

Pada 26 Mac lalu, Maszlee mengarahkan kesemua 111 buah sekolah di daerah Pasir Gudang ditutup serta-merta ekoran kejadian pencemaran toksik di Sungai Kim Kim.

Sekolah-sekolah itu akan dibuka semula pada 31 Mac ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast