KUALA LUMPUR – Lebuh Raya Akleh menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna kelas 1 bermula 5 pagi hingga 8 pagi setiap Isnin dan Jumaat sepanjang bulan April 2019.

Kadar tol kenderaan kelas 1 akan dikurangkan kepada RM2 berbanding kadar asal RM2.50 untuk tempoh tersebut.

Tawaran ini diharap dapat membantu mengurangkan kos perjalanan pengguna setia Akleh, sekali gus dapat menarik lebih ramai pemandu untuk menggunakan lebuh raya ini terutamanya penduduk dari kawasan Ulu Klang, Bukit
Antarabangsa, Taman Melawati, Keramat, Wangsa Maju, Ampang dan sekitarnya.

Pemberian diskaun ini juga adalah untuk menggalakkan pengguna-pengguna Akleh merancang perjalanan bagi mengurangkan keadaan trafik yang sesak di waktu puncak sebelah pagi.

“Tawaran diskaun tol ini juga dibuat sebagai penghargaan kepada semua pengguna lebuhraya Akleh kerana memilih lebuh raya ini sebagai laluan utama,” kata Prolintas, pengendali Lebuh Raya Akleh. – MalaysiaGazette
.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast