P. Rajagopal. foto Agensi

NEW DELHI – Pemilik Saravana Bhavan, rangkaian restoran global India telah disabitkan oleh Mahkamah Agung dengan tuduhan membunuh seorang pekerja lelakinya.

P. Rajagopal, 71, didakwa berbuat jenayah itu bagi membolehkan dia berkahwin dengan isteri pekerjanya yang dibunuh.

Rajagopal dan lima yang lain telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2009.

Tertuduh kemudian membuat rayuan.

Saravana Bhavan mempunyai 80 cawangan di seluruh dunia dan beribu-ribu pekerja.

New York Times pada tahun 2014 melaporkan Rajagopal mahu mengahwini isteri pekerjanya atas nasihat ahli astrologi.

Isteri kepada pekerjanya telah melaporkan aduan terhadap Rajagopal selepas suaminya hilang.

Mayat pekerja itu ditemui di hutan dan kematiannya disebabkan dicekik.

Pemilik restoran itu sekali lagi terlibat dalam skandal pada tahun 2003 kerana cuba menyogok wanita itu dan menganggu keluarganya.

Mahkamah tempatan pertama kali menjatuhi hukuman penjara 10 tahun ke atas Rajagopal pada 2004 tetapi hukuman itu disemak semula kepada penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Madras.

Semasa mendengar rayuan terhadap keputusan itu pada 2009, Mahkamah Agung membenarkan jaminan kepada Rajagopal selepas peguamnya berpendapat dia memerlukan rawatan perubatan.

Pada ketika itu, beliau telah dipenjara selama 11 bulan.

Namun, keputusan Mahkamah Agung pada hari ini bermaksud Rajagopal perlu kembali ke penjara. – MalaysiaGazette