Calon Bebas, Mohd Noor Yassin bercakap kepada media semasa hadir pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sendayan, Negeri Sembilan. foto NOOREEZA HASHIM, 30 MAC 2019.

PRK RANTAU – Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan mendedahkan calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Mohd. Nor Yassin adalah ahli Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam satu status di Facebook, Nasrudin melahirkan rasa pelik apabila Mohd Nor Amin sebagai ahli Amanah menjadi calon sedangkan parti itu ahli gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Ahli Parti Amanah jadi calon bebas menentang calon BN dan PH,” katanya hari ini.

Dakwa Nasrudin, adakah Amanah dilihat cuba untuk mensabotaj calon PH, Dr S. Streram.

MGF30042018_NASRUDIN HASAN BERAMAH MESRA14
Nasrudin Hassan

Mohd. Amin menjadi calon keempat pada PRK DUN Rantau apabila secara tiba-tiba menghantar borang penamaan selepas seorang calon bebas, R. Malar selesai menghantar borang beliau di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sri Sendayan, awal pagi tadi.

Bekas pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan mengakui bertanding untuk meraikan demokrasi di negara ini dan mengaku bekas ahli Pas.

“Kalau sudah masuk bertanding mesti nak menang. Saya yakin dapat membawa pembangunan berasaskan Islam di Rantau,” kata nya kepada media pagi tadi.

PRK Rantau pada 13 April ini secara rasminya akan menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Tiga lagi calon yang disahkan bertanding ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili BN, Dr. S. Streram mewakili kerajaan PH dan R. Malar untuk bebas. -MalaysiaGazette