LONDON – Kekalahan yang dialami West Ham apabila ditundukkan oleh Everton 0-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris semalam tidak menunjukkan semangat juang sebenar pasukan itu.
Pegurus pasukan tersebut, Manuel Pallegrini berkata, dalam perlawanan tersebut pasukan kendaliannya menghasilkan satu persembahan yang disifatkan sebagai aksi terburuk musim ini.
Kurt Zouma meletakkan Everton di hadapan selepas lima minit perlawanan di Stadium London dan Lukasz Fabianski terpaksa bekerja keras untuk menghalang serangan Dominic Calvert-Lewin, Gylfi Sigurdsson dan Lucas Digne sebelum Bernard menjaringkan gol kedua pasukan pelawat.
Pellegrini kemudian merombak formasi pasukan itu daripada 4-4-2 kepada 4-2-3-1 tetapi gagal melakukan sebarang percubaan pada separuh masa kedua.
“Sangat mengecewakan kerana tanpa sebarang keraguan saya katakan ini adalah persembahan terburuk musim ini.
“Awak boleh menang atau kalah tetapi bukan dengan cara seperti ini, tidak melawan, tidak mencipta sebarang peluang di hadapan pintu gol lawan.
“Everton kini ketinggalan dua mata di belakang kami. Watford tewas sebelum kami bermula dan ini harus dimanfaatkan pasukan untuk berada di kedudukan lebih baik,” kata Pallegrini. – MalaysiaGazette