KUALA LUMPUR- Saksi pertama prosiding kes Datuk Seri Najib Razak dalam keterangannya hari ini memaklumkan menerima arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat carian rekod berkaitan tiga syarikat.
Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhamad Akmaludin Abdullah dalam keterangannya berkata, ketiga-tiga syarikat itu adalah SRC International Sdn. Bhd., Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd.
Akmaludin juga mengesahkan SRC International Sdn. Bhd., Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd. berdaftar dengan SSM.
Ketiga-tiga syarikat tersebut menjalankan jenis perniagaan berhad dengan diterajui sekurang-kurangnya dua individu sebagai pengarah. -MalaysiaGazette