TERKINI : JAMUAN MAKAN! Tanya NGO Yang Jemput – Anwar Ibrahim

PRK RANTAU – Kempen hari keempat Pakatan Harapan (PH) di Taman Sri Ramai dilihat mengadakan jamuan makan kepada pengundi di sekitar kawasan ini.

Antara yang dihidangkan adalah nasi lemak kepada pengundi dan capati kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu pertama kali turun dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ketika ditemui media berkata beliau tidak tahu menahu mengenai jamuan tersebut.

Menurut salah seorang penduduk yang enggan dinamakan, program jamuan dan makan malam ini dianjurkan sendiri oleh penduduk sekitar Taman Sri Ramai.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast