TOKYO- Harga minyak jatuh pada Jumaat dengan Brent menyusut daripada aras AS$70 berikutan kebimbangan pedagangan berhubung progres rundingan untuk menamatkan perang perdagangan AS-China.
Penanda aras antarabangsa hadapan Brent jatuh 23 sen atau 0.3 peratus kepada AS$69.17 setong menjelang 12.40 pagi.
Pada Khamis, ia ditutup sembilan sen lebih tinggi selepas mencapai kadar tertinggi dalam satu sesi iaitu AS$70.03, paras tertinggi sejak 12 November.
Minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) jatuh dua sen kepada AS$62.08. Kontrak hadapan jatuh 36 sen dalam sesi sebelumnya menjadikan AS$62.99 pada Rabu, paras tertinggi sejak November.
Presiden AS, Donald Trump berkata pada Khamis, perjanjian perdagangan dengan China sudah menghampiri kemuncaknya dan dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh empat minggu namun beliau masih tidak berganjak dengan pendirian untuk memasukkan sekali terma berkaitan tarif dan kecurian harta intelek.
“Mungkin bukan semasa sidang kemuncak yang akan berlangsung bulan ini walaupun komen-komen daripada kedua-dua pihak menunjukkan betapa licinnya perjalanan rundingan tersebut.
“Selepas banyak yang telah diperkatakan namun masih tiada hasil yang boleh ditunjukkan yang mana ini sekali lagi memberi tekanan kepada permintaan tenaga pada masa hadapan,” kata penganalisis pasaran kanan di OANDA, Alfonso Esparza dalam satu nota penyelidikan. – Reuters