Wisma Putra
Tindakan memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai ke kementerian berkenaan disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar melalui Pejabat Konsulat di Davoa, Mindanao dan kedutaan di Manila kini berhubung dengan pihak berkuasa Filipina untuk mendapatkan perkembangan terkini keadaan mangca culik kumpulan militan Abu Sayyaf, Jari Abdullah

Menurut satu kenyataan, Kementerian Luar telah mengarahkan Timbalan Setiausaha Amnya (Hal Ehwal Dua Hala) menemui pemimpoin-pemimpin Sabah bagi menilai perkembangan terkini mangsa penculikan itu.

“Encik Jari Abdullah yang megalami kecederaan kini menerima rawatan di kemudahan perubatan di Mindanao,” kata kenyataan itu.

Laporan media Filipina melaporkan hari ini seorang mangsa culik ditembak petang semalam di Sulu ketika cuba melarikan diri daripada penculik, kumpulan Abu Sayyaf ketika bertempur dengan tentera marin.

Jurucakap Pemerintah Mindanao Barat, Leftenan Lolonel Gerry Besana berkata, Jari, 34, berada dalam keadaan kritikal apabila ditemui Batalion Marin pada pukul 4.25 petang.

Menurut kenyataan itu, Jari yang diculik kumpulan Abu Sayyaf pada 6 Disember 2018 ditemui tentera Filipina semalam semasa bertempur dengan kumpulan militan itu di bandar Banguigui, Pulau Simisa, Sulu. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/05/mangsa-culik-warga-malaysia-ditembak-ketika-cuba-lari-dari-militan-abu-sayyaf/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast