Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memohon maaf kepada pengundi Kelantan.

Azhar Azizan Harun berkata, ia berhubung kenyataannya berkaitan dengan isu melibatkan ‘pengundi di luar Kelantan.’ baru-baru ini.

“Selaku Pengerusi SPR, saya memberikan perkhidmatan mengikut peruntukan undang-undang bagi memastikan urusan pilihan raya dilaksanakan dengan bersih, telus, adil dan berintegriti,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Azhar sebelum ini dilaporkan portal sebagai berkata, cadangan pendaftaran pengundi secara automatik pada pilihan raya akan datang sukar dibuat kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang mengundi di tempat mula-mula dia mendaftar sebagai pengundi walaupun mungkin tinggal di tempat lain.

Azhar berkata, disebabkan perkara itu, seramai 60,000 orang Kelantan balik ke negeri ini untuk mengundi menyokong hudud sedangkan pada masa lain mereka berada di Kuala Lumpur dan pergi ke kelab malam.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/25/hina-rakyat-kelantan-warga-net-kecam-azhar/

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast