Azezam Shah (tengah) berbincang bersama pembeli yang lain mengenai rumah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Rantau yang sepatutnya siap Januari lepas di Bandar Ekar, Rantau, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 06 APRIL 2019.

PRK RANTAU – Harapan untuk menjadi warga Rantau, Negeri Sembilan terbantut bagi kira-kira 600 pembeli rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) setelah kediaman yang diidam-masih belum siap.

Rata-rata mereka mendakwa rumah di bawah Kementerian Kewangan itu sepatutnya siap pada 31 Januari lalu namun niat untuk menduduki rumah tersebut tidak kesampaian kerana belum siap sepenuhnya.

MGF06042019_ISU BELI RUMAH03
Tapak Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Rantau inilah yang didakwa sebahagian pembeli dimana sepatutnya siap Januari lepas tetapi masih kelihatan dalam proses pembinaan di Bandar Ekar, Rantau, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 06 APRIL 2019.

Seorang pembeli, Azezam Shah, 35, mendakwa, pihak bank telah mula mengarahkannya membuat bayaran penuh bulanan sebanyak RM1,300 sebagaimana yang telah dipersetujui.

“Sekarang kami kena tanggung bayaran rumah sewa dan bayaran rumah PRIMA. Kalau kos macam ini, lebih baik kami beli rumah harga RM400,000.

“Rata-rata pembeli mereka yang bekerja di Bangi dan sekitar Lembah Klang. Bayar sewa RM1,000 dan bayar rumah PRIMA pun RM1,300,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette hari ini.

MGF06042019_ISU BELI RUMAH02
Azezam Shah.

Beliau dan lima lagi pembeli ditemui media hari ini bagi mengadukan hal mengenai kelewatan projek berkenaan.

Difahamkan, projek PR1MA ini diklasifikasikan sebagai ‘projek sakit’ kerana gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Lebih memeningkan, menurut Azezam, perjanjian jual beli yang ditandatangani sudah tamat tempoh.

“Mula dibina tahun 2016 dan ada dalam kalangan kami yang telah tamat tempoh S&P di mana menyatakan siap tahun 2019. Pada Disember lalu, kami diberitahu pembinaan sudah sampai 50 peratus dan bayaran peratusan pinjaman telah dipinta oleh bank,” katanya.

Bagi K Thinesh, 31, pelbagai aduan telah dibuat kepada pihak berwajib antaranya pengurusan PR1MA, kerajaan negeri, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan namun masih belum ada jalan penyelesaian.

MGF06042019_ISU BELI RUMAH05
K Thinesh.

“Kami belum ada apa makluman daripada pihak PRIMA. Kami ada buat aduan kepada PRIMA, pemaju tapi tidak ada apa-apa makluman lagi kepada kami.

“Langsung tidak ada apa-apa. Saya harap mereka bagi jawapan yang tepat bila rumah ini akan siap,” luah juruteknik dari Bangi itu lagi.

Malah katanya, kadar sewa rumah di Bangi telah melepaso tempoh perjanjian dan beliau kini bingung memikirkan untuk mencari rumah sewa baru gara-gara kelewatan projek PR1MA berkenaan.

Malah bagi Mohd. Kamarulzaman Awang, apa yang dihadapinya sekarang merupakan beban yang terpaksa ditanggung.

MGF06042019_ISU BELI RUMAH07
Mohd Kamarulzaman Awang.

Kini beliau hanya mahu tahu status mengenai projek perumahan itu selain mahu pemaju memberi jaminan bila rumah itu akan siap.

“Ikut S&P saya sudah boleh duduk bulan Januari lagi. Kami nak tahu status rumah yang kami beli dan berharap pihak tertentu dapat beri jawapan yang kukuh supaya rumah ini siap bila.

“Kami terbeban kerana kena bayar dua tempat, rumah sewa dan rumah PRIMA ni lagi.

“Saya amat berharap rumah ini siap sebab sudah berkeluarga dan mahukan rumah yang selesa daripada bayar bulanan sewa rumah,” katanya sedih.

Difahamkan, punca utama projek dihentikan kerana pihak PR1MA tidak membuat bayaran kepada pemaju. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Saya juga merupakan salah seorang pembeli rumah PR1MA Rantau, S&P dh melepasi 2 tahun, tp rumah masih belum siap. Harap pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah kami ini dengan segera.

Comments are closed.