Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Para pengundi PRK DUN Rantau yang tidak menerima kad pengundi kerana kemungkinan telah berpindah, boleh membuat semakan maklumat pengundian lebih awal sebelum hari pengundian.

Pengundi boleh membuat semakan melalui porrtal SPR di www.spr.gov. my atau di talian telefon 03-8892 7018 atau sms ke 15888 (taip SPR<jarak<semak>no kad pengenalan).

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pengundi yang telah menerima kad tersebut, boleh terus ke saluran mengundi.

Mereka yang baharu membuat semakan pula disaran mencatat dan menyimpan maklumat-maklumat pusat pengundian, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih.

Azhar juga mengingatkan pengundi supaya membawa kad pengenalan atau catatan maklumat pengundian serta menunjukannya kepada Kerani Pengundian di saluran.

Kad pengundi dan catatan maklumat itu akan memudahkan Kerani Pengundian membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast