TERKINI : TERUS TERANG! Saya Tak Puas Hati Solidariti UMNO! – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak masih belum berpuas hati dengan solidariti dalam parti itu.

Justeru itu katanya wujud tindakan pemimpin parti yang sanggup keluar daripada parti itu kemudian menyertai parti seteru.

Semangat kesepaduan dan kesetiaan ahli parti penting bagi memastikan tidak ada UMNO kedua, kata beliau lagi.

“Saya tak puas hati dengan solidariti dalam UMNO. Walaupun nampak baik tapi usaha untuk meningkatkan lagi semangat perpaduan dalam UMNO mesti kita lakukan supaya hanya akan ada satu UMNO sahaja,” katanya pada sesi Town hall Politik Malaysia Baharu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast