PARIT BUNTAR – Seorang lelaki warga emas ditemui mati di atas bumbung rumahnya di Jalan Pantai di sini, hari ini.

Penemuan mayat Lim Siew Kiang, 63, oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat itu selepas penduduk sekitar membuat laporan mengenai terdapat bau busuk di kawasan sekitar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau Mohd Hisham Osman berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.28 pagi, sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dan sembilan anggota.

“Anggota menggunakan tangga jentera bomba dan pengusung, untuk menurunkan mangsa di atas bumbung yang setinggi tiga meter.

“Kita percaya mangsa telah mati di situ sejak tiga hari lalu, dan mangsa dipercayai naik ke bumbung untuk membaiki bumbung rumah yang bocor,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast