RIYADH – Anak-anak Jamal Khashoggi berkata, mereka tidak pernah berbincang sebarang penyelesaian berhubung pembunuhan bapa mereka oleh agen-agen Arab Saudi.
Minggu lepas, The Washington Post melaporkan, anak-anak Khashoggi telah menerima berjuta-juta dolar, beberapa buah kediaman dan bayaran bulanan lima angka sebagai pampasan pembunuhan itu.
“Buat masa ini perbicaraan sedang berlangsung dan tidak ada penyelesaian telah dibincang atau sedang dibincang,” kata Salah, anak lelaki Khashoggi. – MalaysiaGazette