LONDON – Pengurusan Manchester United bakal mengambil tindakan drastik menurunkan gaji pemain sebanyak 25 peratus sekiranya mereka gagal ke Liga Juara-Juara musim depan.
The Sun melaporkan amaran itu bagaimanapun memberi kelebihan kepada Real Madrid yang ingin membawa pemain bintang United, Paul Pogba ke Santiago Bernabeu pada perpindahan musim panas.
Mengikut kontrak, struktur gaji mereka akan dipotong suku sekiranya mereka tidak mendapat tempat dalam kejohanan kelab elit Eropah itu.
Manchester United ketika ini pada kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris. – MalaysiaGazette