Dana kira-kira RM20 juta adalah peruntukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sedia ada untuk Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dan hanya sebahagian akan digunakan bagi pembangunan prototaip kereta nasional ketiga, kata Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
Mohd Redzuan Md Yusof

CYBERJAYA – Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 13 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Ia merupakan agihan dividen paling rendah sejak tahun 2015.

Agihan dividen itu merosot berbanding 16 peratus yang dibayar pada tahun kewangan 2017.

Bank Rakyat memperuntukan sebanyak RM379 juta kepada anggotanya untuk pembayaran dividen bagi tahun kewangan tersebut.

Bagaimanapun, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, jumlah dividen itu masih tinggi jika dibandingkan dengan prestasi industri secara keseluruhan.

“Jika mendapat dividen 10 peratus pada masa ini, sudah dikira bagus.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bank Rakyat kerana masih dapat memberikan dividen tinggi kepada anggota,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Tambah Mohd. Redzuan, pembayaran dividen itu telah dipersetujui oleh Bank Negara Malaysia.

Untuk rekod, Bank Rakyat pernah membayar dividen sebanyak 20 peratus pada tahun 2011 dan 18 peratus pada tahun 2012.

Pada 2013, 2014 dan 2016 anggota bank itu menikmati agihan dividen sebanyak 15 peratus. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast