KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menarik perhatian di galeri mahkamah apabila beliau dilihat membaca bahan bacaan sementera menunggu prosiding kes perbicaraan hari keduanya bermula.

Bekas Perdana Menteri itu masuk ke dalam pukul 9.05 pagi dan duduk di kerusi di dalam kandang tertuduh.

Ahli Parlimen Pekan kemudiannya dilihat membaca sebuah buku yang bertajuk Dunia Tanpa Tembok sementara menunggu prosiding bermula.

Hasil carian di Internet, buku itu merupakan himpunan analisis keadaan geopolitik serantau dan dunia dan memberi pencerahan serta sudut pandang rasional lagi objektif.

Ia turut mengetengahkan isu diplomasi, perhubungan serta perdagangan antara negara, perang dingin dan peperangan antara negara bukanlah sesuatu yang boleh diukur dengan emosi, persepsi serta sentimen semata-mata.

Naskhah Dunia Tanpa TembokĀ memaparkan llmu tentang geopolitik antarabangsa yang menjadi kunci untuk kelangsungan hidup negara dan bangsa dan ilmu yang diperoleh harus berdasarkan prinsip-prinsip realisme, diplomasi dan patriotisme.

Prinsip-prinsip itu diterangkan melalui 50 artikel di dalam buku tulisan Ayman Rashdan Wong yang berharga RM28. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast