Majistret Mayon Yusof menjatuhkan hukuman tersebut selepas pelakon berkenaan mengaku bersalah mendatangkan kecederaan terhadap pengawal keselamatan berkenaan.
Beliau yang tidak diwakili peguam dituduh menumbuk Yahya Manap, 68, sebanyak tiga kali di muka, dan menendang mangsa kira-kira pukul 8 malam pada 6 April lalu di Acacia Park Desa Jati, Nilai.
Beliau membayar denda. – MalaysiaGazette