Aksi Aubameyang selepas berjaya menjaringkan gol tunggal buat Arsenal dalam perlawana menentang Watford awal pagi

LONDON – Kemenangan Arsenal dalam perlawanan menentang Watford awal pagi tadi mengubah kedudukan pasukan The Gunners untuk kembali mendaki ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

Gol tunggal hasil jaringan Pierre Emerick Aubameyang meletakkan pasukannya berada pada kelompok empat teratas meskipun hanya menantang lawan yang bermain dengan 10 orang.

Hasil kemenangan 1-0 itu telah menambah 66 mata satu mata di belakang penghuni tangga ketiga, Tottenham Hotspur.

Arsenal juga memintas kedudukan Chelsea manakala Watford kekal di tangga ke-10 dengan 46 mata.

Corak pantas yang diamalkan kedua-dua pasukan sejak awal babak pertama menyaksikan Aubameyang telebih dahulu mencuba ke arah gawang lawan pada minit ke-10 sebelum penyerang Watford, Troy Deeney dilayangkan kad merah seminit selepas itu kerana didapati menyiku Lucas Torreira.

Jaringan itu berpunca kesilapan penjaga gol tuan rumah, Ben Foster yang lambat mengeluarkan hantaran ke belakang Daryl Janmaa membolehkan Aubameyang meluru dan terus melakukan rembatan.

Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris yang berakhir pagi tadi:-

Watford 0 – 1 Arsenal – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast