Hampir US$15 juta dimasukkan oleh Aabar Investment ke akaun SRC – Pegawai BNM

Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini diberitahu bahawa hampir US$15 juta dimasukkan oleh Aabar Investment PJS Limited dari Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), ke dalam akaun SRC International Sdn Bhd.