Hutang China semakin meningkat

BEIJING – Ekonomi China berkembang dengan stabil pada 6.4 peratus pada suku pertama, mengatasi unjuran 6.3 peratus dalam kalangan penganalisis.

Biro Statistik Kebangsaan China berkata, ekonomi negara itu menyaksikan faktor positif pada masa ini meskipun masih berdepan dengan ketidaktentuan luaran.

Pengeluaran industri melonjak 8.5 peratus pada bulan Mac berbanding setahun sebelumnya kepada kedudukan terpantas dalam tempoh 4 1/2 tahun.

Angka itu mengatasi unjurkan penganalisis 5.9 peratus dan 5.3 peratus pada dua bulan pertama tahun ini.

Manakala jualan runcit meningkat 8.7 peratus dalam bulan Mac, juga mengatasi ramalan 8.4 peratus.

Pelaburan aset tetap juga berkembang 6.3 peratus pada bulan Januari hingga Mac berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kerajaan China mengunjur pertumbuhan ekonominya berkembang antara 6.0 hingga 6.5 peratus pada tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast