Gambar hiasan. Foto Reuters

SEOUL – Harga minyak dunia naik hari ini dipacu oleh kebimbangan kawalan bekalan minyak oleh sekatan Amerika Syarikat dan pergolakan di Libya serta penurunan inventori minyak Amerika Syarikat yang tidak dijangkakan.

Penanda aras kontrak hadapan minyak mentah Brent naik AS$0.21 kepada AS$71.93 setong. Sebelum itu, harganya AS$71.96 setong, naik ke paras lima bulan tinggi yang baharu selepas merekodkan paras tertinggi pada 8 November lalu kepada AS$72 setong.

West Texas Intermediate (WTI) pula diniaga pada AS$64.45 setong naik AS$0.40 berbanding harga penutup.

WTI naik lebih 40 peratus dan Brent 30 peratus tahun ini ekoran pelaksanaan perjanjian OPEC dan sekutu-sekutunya untuk mengehadkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari bermula Januari lalu.

Tetapi pada bulan Jun ini, OPEC akan memutukan sama ada untuk meneruskan sekatan pengeluaran minyak atau sebaliknya berikutan kebimbangan kesediaan Rusia untuk terus mengurangkan bekalan.

Selain itu, kejatuhan inventori minyak mentah Amerika Syarikat juga memacu harga minyak.

Inventori minyak mentah Amerika Syarikat jatuh sebanyak 3.1 juta tong pada minggu berakhir 12 April hingga 452.7 juta, berbanding jangkaan penganalisis untuk peningkatan sebanyak 1.7 juta tong, menurut data dari American Petroleum Institute (API) yang dikeluarkan pada hari Selasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast