KUALA LUMPUR – Tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang menerusi afidavit mengatakan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim bukan disebabkan oleh perusuh memukulnya menimbulkan tanda-tanya dan mengesahkan wujudnya konspirasi.
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahaya berkata, ia jelas bercanggah dengan undang-undang apabila keputusan seolah-olah diperolehi lebih awal meskipun prosiding inkues belum selesai dan difahamkan berbaki beberapa hari sahaja lagi.
Melalui perkembangan semasa ini, beliau merumuskan wujud gerakan untuk mengubah naratif kematian Adib .
“Kami merasa begitu (wujud cubaan ubah). Seolah-olah ada satu konspirasi yang dibuat oleh pihak tertentu, pihak atasan, untuk mengatakan bahawa arwah Adib ini bukan mati disebabkan dipukul tetapi disebabkan dilanggar kenderaan yang berada di lokasi berkenaan.
Ini berdasarkan kalau betul jujur seharusnya inkues ini prosesnya dibiarkan habis dahulu baru dikemukakan afidavit.
“Tapi sekarang inkues masih berjalan kenapa dikeluarkan keputusan bahawa Adib tidak dipukul ini bagi itu memberi tanda tanya yang besar apa sebenarnya di belakang ini kenapa keputusan dibuat sedemikian rupa?,” katanya pada sidang media hari ini di pejabat NGO