LONDON – Chelsea melangkah ke separuh akhir Liga Eropah selepas berhempas-pula menewaskan Slavia Prague 4-3 di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Kemenangan suku akhir kedua itu menyaksikan Chelsea layak dengan agregat 5-3.

Skuad bimbingan Maurizio Sarri seolah berpuas hati selepas memiliki agregat empat gol sebelum rehat dipaksa namun dikejutkan apabila pasukan pelawat mula merapatkan jurang.

Bagaimanapun tiga gol yang diperolehi Slavia Praha pada separuh masa kedua tidak cukup untuk mencetuskan kejutan pasukan dari Republik Czech.

Empat gol Chelsea dijaringkan Pedro pada minit ke-5 serta 27, jaringan sendiri pada minit ke-9 dan dan Olivier Giroud minit ke-17.

Bagi Slavia Prague gol disumbang Tomas Soucek minit ke-25 dan Petr Sevcik minit ke- 51 serta 54.

Chelsea dijadualkan bertemu Eintracht Frankfurt di Jerman pada 2 Mei depan bagi separuh akhir pertama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast