Kerajaan akan melaksanakan kemudahan teknologi mudah alih generasi 5 atau 5G secara menyeluruh menjelang 2021.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, projek perintis 5G itu telah pun bermula di Cyberjaya dan Putrajaya awal bulan ini.
Menurut beliau, projek itu akan dilaksanakan secara berterusan selama enam bulan akan datang.
“Cyberjaya dan Putrajaya adalah tempat di mana syarikat telekomunikasi dan lain-lain industri menjelajah keupayaan teknologi 5G.