CATALONIA – Barcelona berada di landasan terbaik untuk merangkul gelaran La Liga kelapan mereka dalam tempoh 11 tahun selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Real Sociedad, awal pagi tadi.
Barca kini menghitung detik kerana hanya perlu menewaskan Alaves pada Selasa ini dan kemudian Levante pada Sabtu depan untuk dinobatkan juara di Camp Nou.
Namun mereka boleh berpesta lebih awal sekiranya meraih tiga mata menentang Alaves dan Atletico Madrid tewas kepada Valencia pada Rabu ini.
Barca mahu mengesahkan kejuaraan lebih awal bagi memberi tumpuan kepada saingan Liga Juara-Juara kerana kelebihan akan berpihak kepada mereka.
Ia berbanding lawan di separuh akhir iaitu Liverpool yang kini bersaing sengit dengan Manchester City dalam perebutan Liga Perdana Inggeris.
Sementara itu, gol jaringan Clement Lenglet dan Jordi adalah perlawanan liga ke-21 Barca tanpa kekalahan. – MalaysiaGazette