Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani tampil memberi amaran kepada golongan artis yang mengambil keputusan membuka hijab sejak kebelakangan ini.

Beliau menasihati mereka agar segera kembali ke pangkal jalan dan jangan berbangga dengan maksiat yang dilakukan.

Selepas artis seperti Uqasha Senrose, Emma Maembong, terkini Fatiya Latiff mengesahkan dia membuka tudung sejak Jumaat lalu selepas dua tahun berhijab.

“Saya ingin menasihati mereka yang cuba melawan perintah Allah supaya berhati hatilah saat dunia sementara ini, nikmat kecantikkan, ke mashuran, atau dunia glamour ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Saat nyawa kalian di rentap mengadap di hadapan Allah pastinya kalian akan menyesal tak sudah!!..

“Jika kalian merasa hebat dengan kemashyuran kalian, tidak ke mana pun kemashyuran saat nyawa di kerongkongan itu!! Allah tidak pernah menganugerah ketenangan dan kebahagian dari kemaksiatan.

“Jika pun kalian merasa hebat dengan kemaksiatan itu, sembunyikanlah kemaksiatan itu!! Allah telah menyelamatkan kalian suatu masa dengan ketaatan,berbanggalah saat bertudung itu bukan berbangga dengan melakukan peribadi seumpama ini..

“Saya ingin menasihati semua kita, jangan berbangga dengan maksiat!!!!Tidak pernah mereka yang melawan ALLAH berjaya di dunia sementara ini, apatah lagi di akhirat nanti,” tulis di laman Facebook miliknya – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast