PINE BLUFF, Arkansas – Seorang wanita berusia 69 tahun dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun kerana didapati bersalah menembak mati suaminya selepas mengetahui lelaki berkenaan merakam saluran pornografi.
The Pine Bluff Commercial melaporkan, kedua-dua pihak bersetuju terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas Patricia Hill selepas disabitkan kesalahan membunuh tanpa niat, suaminya, Frank Hill di kediaman mereka di Pine Bluff.
Hill mengaku tidak berfikir ktika membunuh suaminya Julai tahun lalu.
Katanya, dia hanya mahu mendapatkan perhatian suaminya sahaja.
Menurut testimoni mahkamah, wanita tersebut telah membatalkan saluran pornografi tersebut sebanyak dua kali namun menembak suaminya selepas mendapati lelaki berkenaan melanggan semula saluran tersebut.
Wanita itu layak untuk memohon parol selama tiga tahun. – Agensi