Marzuki Yahya

JOHOR BAHRU – Pengerusi PPBM Johor yang baru sudah diputuskan, namun pengumuman rasmi mengenainya hanya akan dibuat selepas Aidilfitri ini.

Pengarah media PPBM Johor, Solihan Badri berkata, pengumuman akan dibuat oleh presiden parti itu, Muhyiddin Yassin, yang juga penyandang jawatan pengerusi PPBM negeri berkenaan.

“Saya rasa sebelum pemilihan parti berlangsung (pengumuman dibuat) dan kita harap ia dapat diselesaikan dengan baik sebab ini penting untuk perjalanan parti dan kerajaan,” katanya.

Selain itu, Setiausaha Agung PPBM, Marzuki Yahya juga akan membuat surat rasmi berhubung lantikan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku ‘Bersatu Mulanya Di sini’ oleh Muhyiddin, yang juga menteri dalam negeri, di sini hari ini.

Pengerusi baharu PPBM menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast