Azmir Jaafar bergambar dari tingkap kaunter Pandu-Laju McDonald's

PETALING JAYA – McDonald’s Malaysia yang  memberi fokus terhadap segmen perniagaan Pandu-Lalu di seluruh negara bagi memenuhi trend yang kian berubah, mensasarkan untuk membuka 20 restoran itu pada tahun ini.

Pembukaan Pandu-Lalu baharu tersebut akan memberi nilai tambah kepada 167 restoran seumpama itu.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar berkata, perniagaan Pandu-Laju adalah perkhidmatan yang mudah, pantas dan mesra bagi melengkapi gaya hidup yang sibuk.

Berdasarkan satu kajian, Pandu-Lalu McDonald’s memenuhi keperluan pelanggan dalam memberikan kemudahan semasa waktu makan.

Faktor utama yang mendorong pelanggan menggunakan perkhidmatan Pandu-Lalu adalah disebabkan ia adalah mudah dan efisien.

Kajian tersebut turut menambah, kelebihan Pandu-Lalu tidak terhad kepada bersifat praktikal, tetapi emosional pelanggan, selain memberi kemudahan, pelanggan berasa lebih tenang dan yakin kerana telah berjaya menjimatkan masa.

Jelasnya, segmen perniagaan Pandu-Lalu telah menyumbang pertumbuhan yang cukup signifikan sejak restoran Pandu-Lalu pertama dibuka di McDonald’s Titiwangsa pada tahun 1988.

Sejak itu, segmen Pandu-Lalu telah menjadi kunci utama terhadap kejayaan syarikat, yang mana mana jualan menerusi tingkap Pandu-Lalu menyumbang hampir 50 peratus jumlah jualan keseluruhan bagi semua 167 restoran Pandu-Lalu McDonald’s.

“Selain itu, kami juga melihat purata pertumbuhan sebanyak 10 peratus tahun ke tahun untuk jualan Pandu-Lalu bagi suku pertama tahun 2019.

“Menjelang tahun 2021, kami mensasarkan 70 peratus restoran McDonald’s di seluruh negara untuk menjadi restoran Pandu-Lalu,” kata Azmir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast