Anggota keselamatan mengadakan sekatan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang lagi selepas kejadian pengeboman gereja dan hotel mewah di Sri Lanka pada Sabtu lalu. foto Agensi

COLOMBO – Pegawai Keselamatan mengeluarkan amaran bahawa Islamic State (IS) yang bertanggungjawab ke atas serangan bom pada 21 April lalu merancang satu lagi serangan seumpama.

Kata pegawai itu, pengebom tersebut mungkin muncul dengan mengenakan pakaian uniform tentera.

Rentetan maklumat risikan itu, paderi di Colombo mengadu tentang kawalan keselamatan sekitar gereja yang tidak cukup selamat ketika ini.

Militan IS telah mensasarkan lima lokasi untuk diserang pada Ahad lalu, kata sumber keselamatan itu.

“Berkemungkinan akan beraku gelombangan serangan kedua,” kata ketua keselamatan dalam sepucuk surat kepada wakil rakyat lapor Reuters semalam.

“Maklumat lanjut yang relevan mengatakan individu yang merancang serangan gelombang kedua akan berpakaian tentera dan menggunakan van,” kata pegawai tinggi itu.

Namun, tiada sebarang serangan berlaku pada Ahad dan keselamatan di negara majoriti Buddha itu diperketatkan.

Beberapa suspek militan telah ditangkap sejak serangan 21 April lalu di hotel dan gereja yang mengakibatkan 250 orang terbunuh, termasuk 40 warga asing.

Berikutan itu, kerajaan Sri Lanka melarang wanita memakai penutup muka di bawah Undang-undang Darurat.

Komuniti Islam di negara itu bimbang larangan tersebut akan mencetuskan ketegangan di negara berbilang bangsa itu.

Bagaimanapun pegawai kerajaan berkata, ia akan membantu pasukan keselamatan untuk mengenalpasti saki baki suspek serangan yang masih bebas di luar.

Paderi besar Colombo, Malcolm Ranjith berkata,m kawalan keselamatan di sekeliling gereja tidak memadai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast