Lebih 2000 sampel ujian anti doping dirampas dari makmal swasta di Rusia oleh WADA

MOSCOW- Agensi Anti Doping Dunia (WADA) telah mengambil semula lebih 2,262 sampel ujian anti-doping atlet daripada makmal Agensi Anti Doping Rusia (Rusada) di Moscow hari ini.

Tindakan itu menyusul selepas pengambilan semula data dari makmal sama pada Januari lalu.

Tindakan itu adalah antara syarat selepas Rusia digantung tiga tahun ekoran skandal doping di negara itu pada September 2018

Kesemua sampel itu dibawa ke sebuah makmal yang diakreditasi oleh WADA di luar Rusia untuk disiasat.

“Sampel berkenaan akan digunakan ke atas mereka yang cuba menipu dan juga membebaskan atlet yang tidak terlibat dalam pencabulan peraturan anti-doping,” kata WADA.

Menurutnya, Unit Perisikan dan Penyiasatan WADA telah meneruskan misi sejak Januari lalu untuk mengekstrak semula segala sampel yang bersangkut paut dalam kes di dalam makmal Rusia di Moscow.

Sebelum ini, Rusia gagal untuk menyediakan akses penuh kepada makmal dan data sebelum tarikh akhir Disember 2018 lalu.

Ia mengakibatkan badan anti-doping 16 buah negara dan Jawatankuasa Atlet WADA mendesak agar Rusia digantung daripada WADA.

WADA akhirnya berjaya mengakses makmal untuk mendapatkan segala data yang diperlukan dalam kes dan menegaskan Rusia tidak akan dihukum.

Laporan Profesor Richard McLaren pada Julai 2016 mendapati, Rusia mengendalikan program doping yang ditaja di dalam negara sendiri selama empat tahun merentasi Sukan Olimpik.

Laporan seterusnya menyatakan lebih 1,000 atlet Rusia bermanfaat daripda program doping yang ditaja Rusia sendiri sebelum negara itu dilarang menyertai dalam Olimpik Musim Sejuk 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast