Panel dari Institut Darul Ehsan, Khairul Ariffin Mohd Munir pada Seminar GE14 and The Year Since: Analysis and Perspectives di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 02 MEI 2019

GOMBAK – Pakatan Harapan (PH) berhadapan cabaran utama untuk mengurus persepsi rakyat.

Itu kata Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE) Khairul Arifin Mohd Munir berhubung persepsi yang timbul setelah menilai prestasi kerajaan PH dalam masa setahun mengurus negara.

Meskipun wujud perubahan tertentu yang dilakukan namun sudah tentu ia turut menjadi perhatian bukan sahaja rakyat malah parti pembangkang untuk melaksanakan semak dan imbang.

“Antara cabaran bagi PH atau mana-mana parti sekarang adalah mengurus persepsi, ini cabaran utama. Ada perkara yang telah dibuat oleh PH tetapi over shadow oleh persepsi itu yang berlaku,” kata sebagai panel di Seminat Sempena Setahun Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14): Analisa dan Perspektif hari ini.

Ujar Khairul Arifin, pengundi yang semakin bijak juga merupakan perkara yang perlu diteliti oleh kerajaan PH.

Tidak cukup dengan itu, PH kini sedang berhadapan dengan kesukaran apabila culture of fear yang semakin berleluasa.

“Sekarang ini pun wujud kalau undi Cina misalnya. Dulu takut kalau tak undi kerajaan, ini yang ditimbulkan oleh kedua-dua parti politik,” tambah Khairul.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast