Mazlan Bujang

JOHOR BAHRU – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang baharu dilantik Mazlan Bujang hari ini mengalu-alukan kemunculan sebuah parti baharu yang didakwa akan ditubuhkan di sini tidak lama lagi.

Ditanya mengenai dakwaan itu, beliau berkata, “Sebagai Malaysia baharu, kita alu-alukan sangat dan saya dengar parti politik ini, yang nak buat ‘Parti Bangsa Johor’ ini terdiri daripada golongan atasan.

“Saya agak mengalu-alukan supaya golongan atasan ini, bila dia masuk politik dia faham kesengsaraan rakyat yang dalam tekanan ekonomi… kalau tidak, golongan atas ini duduk atas kayangan,” katanya.

Mazlan ditemui permberita selepas merasmikan Program Desa Sejahtera Muafakat Bersama Azman Hashim International Business School (AHIBS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini.

Kepada satu pertanyaan, Mazlan yang akan menyandang jawatan Pengerusi Bersatu Johor mulai 25 Mei ini berkata, “Ada sedikitlah (rombakan Bersatu Johor) sebab kebetulan ada kekosongan, saya bendahari sebelum ini…sekarang sudah dilantik jadi pengerusi, jadi ada kekosongan…ada minor rombakan,” katanya.

Ditanya mengenai pesanan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelantikannya itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa itu berkata Dr Mahathir hanya mengucapkan tahniah dan menasihati supaya menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast