Dana kira-kira RM20 juta adalah peruntukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sedia ada untuk Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dan hanya sebahagian akan digunakan bagi pembangunan prototaip kereta nasional ketiga, kata Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
Mohd Redzuan Md Yusof

KUALA LUMPUR – Langkah meningkatkan peruntukan pembiayaan bagi koperasi serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) perlu mengikut kemampuan bank itu.

Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata ,langkah itu juga bergantung kepada keputusan Lembaga Pengarah dan kepakaran bank tersebut.

“Sebagai contoh, daripada RM1 billion, kita tidak boleh mengatakan RM500 juta perlu diberikan kepada usahawan.

“Ia juga bergantung kepada kepakaran yang dimiliki oleh bank tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan bank itu di sini hari ini.

Berdasarkan laporan prestasi kewangan bank tersebut, baki pembiayaan kasar dicatatkan sebanyak RM70.40 bilion berbanding RM70.63 bilion sebelum ini, dengan kumpulan terus mendapat manfaat daripada kepelbagaian portfolio, terutamanya daripada pembiayaan perumahan, kenderaan dan perniagaan.

Pembiayaan perumahan meningkat 12.8 peratus kepada RM5.92 bilion berbanding RM5.25 bilion sebelum ini manakala pembiayaan kenderaan meningkat 1.5 peratus kepada RM2.77 bilion berbanding RM2.73 bilion sebelum ini.

Pembiayaan perniagaan, terutamanya segmen koperasi meningkat 13.3 peratus kepada RM2.22 bilion berbanding RM1.96 bilion sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat Datuk Noripah Kamso dalam ucapannya berkata pemberian dividen yang tinggi secara berterusan berupaya menjejaskan tahap kompetitif bank itu dan boleh meletakkan bank tersebut dalam posisi yang tidak relevan pada masa akan datang.

Bank Rakyat terdahulu mengumumkan pembayaran dividen 13 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2018 yang bernilai RM379 juta kepada anggotanya.

Noripah turut menjelaskan Lembaga Pengarah telah membincangkan usaha untuk mengatur semula pelan lima tahun bank tersebut.

“Penyusunan semula pelan itu untuk memastikan ia selari dengan rangka kerja keusahawanan negara, Dasar Koperasi 2020, mandat Institusi Kewangan Pembangunan serta Pengantaraan Berasaskan Nilai yang diterajui oleh Bank Negara Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast