Baju kurung Pahang tidak pernah lapuk ditelan zaman.

KUALA LUMPUR – Biarpun dunia fesyen hari ini semakin pantas dengan pembaharuan dan transformasi, sukar menidakkan bahawa baju tradisional Melayu seperti baju kurung Pahang tidak pernah lapuk ditelan zaman.

Malah dengan suntikan elemen moden menjadikan pakaian tradisi ini sentiasa menjadi pilihan wanita untuk digayakan tidak kira waktu dan acara.

Menyedari hakikat itu, Butik Al Ajmal menyediakan pelbagai busana tradisional yang bukan saja klasik, cantik dan anggun tetapi sopan dan manis apabila digayakan.

aaef9821-990d-492d-af6a-e6605778a629
Pelbagai pilihan corak kosing dan warna terang ditawarkan di Butik Al Ajmal.

Pengasas butik, Rozita Mat Reshad memberitahu, keindahan serta keunikan pemakaian Melayu itu menjadikan busana tersebut kekal relevan menerusi fesyennya yang pelbagai.

Jelas beliau yang mengusahakan butik pakaian Muslimah sejak tahun 2014, baju kurung Pahang menjadi pilihan untuk dijual kerana fesyennya kekal sepanjang zaman dan menggamit nostalgia.

Ujarnya, ini kerana ia tidak bermusim dan sentiasa menjadi pilihan wanita yang bekerjaya sepanjang masa.

3ec7322a-b004-49d1-9106-f630f95ce217
Saiz yang longgar membuatkan si pemai tampak lebih sopan dan ayu.

“Baju kurung bukan saja dipakai pada hari perayaan tetapi juga pada majlis kenduri kendara serta ke pejabat disebabkan fesyen ini tidak lekang dek panas tidak lapuk dek hujan.

“Lagipun fesyen ini tidak terlalu menyerlah untuk mereka yang ingin mengekalkan identiti melayu asli,” katanya kepada Malaysia Gazette baru-baru ini.

Menyedari persaingan sengit busana itu, Rozita berkata, keunikan baju kurung Pahang di di Butik Al Ajmal kerana menggunakan pola dan corak sendiri untuk potongan saiz standard bagi wanita di negara ini.

840e7223-fa6a-4397-8ea0-1c0bc990828b
Kain English Cotton menjadi pilihan ramai.

Jelas beliau, ini membuatkan si pemakai terasa baju tersebut seolah-olah ditempah secara khas untuknya.

“Kamu menggunakan dua kali jahitan atau tindih kasih yang anti retas walaupun pemakainya seorang yang lasak.

“Lebih unik setiap tahun, kami mengeluarkan stok baru dengan corak terkini dan edisi terhad di mana kami tidak akan mengulang tempahan design yang sama berulang kali.

“Kami juga menampilkan perbezaan kerana menggunakan dua material utama iaitu English Cotton yamh kami tempah secara pasang dari Vietnam dengan tempahan khas dua corak iaitu kurung moden dan mini kurung serta berzip di hadapan atau belakang,” jelas bekas guru ini.

28ecd228-ad06-4cd0-9278-ae7449238b6d
Baju kurung Pahang boleh dipadankan dengan tudung atau punn shawl.

Rozita menambah, fesyen itu memiliki ramai peminat termasuk bermula di kalangan remaja hingga dewasa kerana ia nampak lebih kasual dan boleh dipadankan dengan bawal atau shawl polos bagi menyerlahkan identiti kebangsaan sebenar.

“Satu lagi material yang digunakan jenis sakura atau SB Line kosong iaitu tidak bercorak serta mempunyai lebih 40 warna pilihan pastel dan terang.

“Potongan baju kurung Pahang atau dipanggil juga kurung Riau ini turut mempunyai potongan mengikut badan yang terletak mengikut saiz badan normal dan sesuai untuk setiap golongan sama ada wanita berusia mahu pun remaja,” kata wanita kelahiran Kelantan ini.

551b5370-e98c-4cca-9f0c-f6487d000ca2
Aksesori rantai menampakkan ciri kemelayuan si pemakai baju kurung Pahang.

Rozita berkata, harga pasaran baju kurung Pahang ketika ini adalah antara RM129 hingga RM149 mengikut komuniti setempat.

Namun kata beliau, butiknya hanya menjual dengan harga promosi bermula RM59 hingga RM99 sahaja bermula saiz XS hingga hingga XXL.

Sementara itu, sepanjang Ramadan tahun ini, Butik Al Ajmal yang terletak di Lakefield, Sungai Besi itu melanjutkan masa operasi dari pukul 10 pagi hingga 10.30 malam.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari Facebook: Butik Al Ajmal atau talian 016 673 2464. – MalaysiaGazette

MGF11022019_TELEKUNG ALAJMAL05
Pengasas Butik Al Ajmal, Rozita Mat Reshad.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast