Serangan dan bedilan tentera Israel telah mengakibatkan 24 rakyat Palestin terbunuh sejak dua hari lalu. Foto: Agensi

JERUSALEM – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan “serangan besar-besaran” dilakukan di Semenanjung Gaza selepas hari pertempuran yang menyaksikan kematian 24 warga Palestin dan 4 empat Israel.

Pesawat tempur dan kapal perang Israel terus mesasarkan Jalur Gaza pada hari Ahad ketika para pejuang Palestin melancarkan roket ke Israel selatan.

Seorang komander Hamas yang berusia 34 tahun terbunuh dalam serangan tersebut.

Benjamin Netanyahu

Benjamin Netanyahu. foto AgensiKenyataan tentera menuduh Hamad al-Khodori “memindahkan sejumlah besar wang” dari Iran kepada puak bersenjata di Gaza.

Beliau adalah orang Palestin yang kelima yang dilaporkan terbunuh pada hari Ahad. Mangsa lain Palestin termasuk dua wanita hamil dan tiga bayi.

Di bandar Ashkelon, Israel, seorang lelaki Israel berusia 58 tahun terbunuh selepas terkena serpihan dari serangan roket.

Dua lagi warga Israel cedera parah dalam serangan roket berasingan di kilang pada petang Ahad lalu dan meninggal dunia.

“Pagi ini saya mengarahkan IDF (tentera Israel) untuk meneruskan serangan besar-besaran terhadap pengganas di Semenanjung Gaza,” kata Netanyahu, yang juga menjadi Menteri Pertahanan Israel, dalam satu pernyataan selepas berunding dengan Kabinet.

Netanyahu juga mengarahkan kereta kebal, artileri dan pasukan infantri untuk mengukuhkan tentera yang sudah ditempatkan berhampiran Gaza, satu langkah yang menimbulkan kebimbangan terhadap serangan darat.

“Hamas bertanggungjawab bukan sahaja untuk serangannya terhadap Israel, tetapi juga untuk serangan Jihad Islam dan ia membayar harga yang sangat berat untuknya,” tambah Netanyahu.

Sayap tentera Hamas dan Pergerakan Jihad Islam di Palestin berikrar untuk terus melakukan serangan jika tentera Israel meneruskan sasaran di Jalur Gaza.

“Tindakan kami akan lebih meluas dan lebih menyakitkan jika Israel meneruskan pencerobohan dan kita akan tetap menjadi perisai perlindungan rakyat dan tanah kita,” kata Kamar Operasi Bersama dalam satu kenyataan.

Al Jazeera’s Harry Fawcett, yang melaporkan dari sisi pagar Israel dengan Gaza memaklumkan keadaan semakin meruncing.

“Ia (serangan) berpotensi berbahaya dan berpanjangan, peningkatan tentera utama.

“Media Israel memetik sumber pertahanan kanan sebagai berkata mereka berharap pertempuran ini akan berlangsung beberapa hari lagi,” katanya.

Media Israel melaporkan pejuang Gaza telah membedil lebih 400 rokey di bandar dan kawasan-kawasan di selatan Israel dan Israel pula telah memintas 250 daripadanya.

Pejabat media pemerintah di Gaza mengatakan kapal perang Israel melakukan sekitar 150 serbuan, selain penembakan meriam yang menyasar 200 mercu awam di Jalur Gaza, termasuk bangunan kediaman, masjid, kedai-kedai dan institusi media.

Kira-kira 70 rakyat Palestin cedera dalam serangan itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast