LONDON – Pengurus Ernesto Valverde mengakui dia tidak perlu memberikan apa-apa alasan di atas kekalahan memalukan Barcelona kepada Liverpool dan hanya mampu memohon maaf kepada para penyokong kelab itu.
Barcelona dibelasah di Anfield selepas membawa bekalan tiga gol daripada perlawanan pertama dan tewas 3-4 secara agregat.
Valverde menganggap penyingkiran Barcelona kali ini sebagai luar biasa.
Dia berkata, Liverpool bermula dengan permainan sangat agresif dan tempo tinggi seperti yang kami sudah jangka.
“Mereka menjaringkan gol pertama namun kami berjaya mendapatkan rentak.”
“Pada separuh masa pertama, kami ada beberapa peluang menjaringkan gol namun gagal disudahkan.
“Namun selepas Liverpool mendapat gol kedua, ianya telah memberi tekanan kepada kami kerana gol ketiga terus mereka terlalu pantas.
“Kami pula gagal menjaringkan sebarang gol dan mereka membesalah kami dengan teruk,” katanya. – MalaysiaGazette