MANILA – Seekor lipas merayap di bahu Presiden Filipina ketika beliau sedang berucap dalam kempen di Bohol.
Kejadian itu berlaku semasa Duterte memuji beberapa calon Senator dalam ucapan.
Dari bahu, lipas itu merayap di bahagian hadapan baju-T yang dipakainya.
Pada saat itu, seorang wanita datang dan cuba menepis lipas tersebut dengan menggunakan kertas akhbar tetapi gagal.
Rodrigo Duterte yang melihat sekilas lipas itu kemudian bertindak menepis lipas berkenaan.
Dengan nada selamba Duterte berkata, lipas itu milik parti pembangkang. – MalaysiaGazette