HONG KONG – Polis Hong Kong menghentikan pembayaran sejumlah HK$70 juta kepada scam penipuan tempatan dan antarangsa mengguna Internet dan telefon dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Kejayaan kes  yang diselesaikan ini meningkat 76% kepada 125 pada suku pertama 2019 berbanding 71 pada tempoh yang sama tahun lepas, kata Inspektor Kanan Pusat Koordinasi Anti-Penipuan, Chan Kwok-wa.

Skuad anti-penipuan itu menerima 388 permintaan untuk menyekat bayaran – berjumlah lebih daripada HK $ 1.42bil – yang telah dipindahkan ke akaun bank individu-individu yang menipu di Hong Kong, dan negara-negara lain dari Januari hingga Mac.

Beliau berkata bilangan permintaan itu meningkat sebanyak 40% berbanding 277 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Pusat ini telah berjaya membantu mangsa untuk menghalang pembayaran HK$ 700mil bagi 161 daripada 388 kes,” kata Chan.

Walaupun beberapa kes yang datang dari luar Hong Kong, polis tempatan terlibat kerana wang dipindahkan ke dalam akaun-akaun bank di bandar ini.

Pusat tersebut ditubuhkan pada Julai 2017 telah mengendalikan sebanyak 6,203 panggilan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, naik 25% daripada lebih 4,900 panggilan yang diterima dalam tempoh sama tahun lalu, yang mana 12 peratus berkaitan dengan scam telefon.

Dari Januari hingga Mac, pasukan itu berjaya menghalang 45 pemanggil daripada ditipu, termasuk 26 yang terlibat dalam penipuan telefon.

Penipuan telefon yang paling mahal dapat dicegah oleh polis tahun ini adalah kes membabitkan sejumlah HK$ 980,000. – MalaysiaGazette