Seorang lelaki menonton pelancaran peluru berpandu oleh Pyongyang semalam di stesen keretapi di Seoul. foto Agensi

WASHINGTON – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat berkata, Korea Utara telah melancarkan pelbagai peluru berpandu semalam.

Menurutnya, peluru-peluru yang dibedil itu melebihi 300 kilometer dan mendarat di laut.

Semalam Pyongyang telah membedil dua peluru berpandu jarak dekat dalam ujian senjata.

Ujian yang dilakukan itu adalah kali dua dalam tempoh kurang daripada seminggu.

Tentera Korea Selatan berkata, peluru berpandu itu dilepaskan dari bandar barat daya Kusong sejauh 420km (260 batu) dan 270km ke arah timur.

Kusong terletak kira-kira 160 kilometer dari Pyongyang.

Ia berlaku beberapa jam selepas utusan utama Amerika Syarikat tiba di Korea Selatan untuk berbincang tentang bagaimana untuk memulihkan rundingan nuklear. – MalaysiaGazette