Vincent Kompany

MANCHESTER – Pep Guardiola menyifatkan mempertahankan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tahun ini adalah usaha paling sukar dalam kariernya.

Pengurus Manchester City itu berkata, etinggalan 0-1 sebelum bangkit menewaskan Brighton 4-1 di Stadium Amex perlu dihargai.

City menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Sergio Aguero sebelum pemain pertahanan, Aymeric Laporte membolehkan pasukannya mendahului pada separuh masa pertama.

Dua lagi gol hadir pada  separuh masa kedua menerusi Riyad Mahrez dan Ilkay Gundogan yang mengesahkan gelaran keenam kelab itu dengan perbezaan satu mata di hadapan pesaing rapat Liverpool.

“Untuk bergelar juara kami terpaksa merekodkan 14 kemenangan berturut-turut dalam liga.

“Setakat ini, inilah gelaran paling mencabar yang saya pernah julang dalam karier,” katanya.

Liverpool berkunjung ke Etihad pada Januari lalu dengan kelebihan tujuh mata tetapi tewas 1-2 kepada pasukan tuan rumah yang merupakan kekalahan yang dicatatkannya pada  musim ini.

Setelah City tewas 1-2 di tangan Newcastle pada hujung Januari lalu, pasukan itu mencatatkan 14 kemenangan berturut-turut yang membolehkan menjuarai EPL semalam.

City muncul kelab kedua EPL mempertahankan gelaran dua musim berturut-turu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast